Wednesday, October 28, 2015

PERANGI DAGU BERLAPIS HABIS-HABISAN




"PERANGI DAGU BERLAPIS HABIS-HABISAN" 

Aku punya tajuk post mcm kempen nyamuk aedes pulak..kahkahkah. Hasil dari pemerhatian mata kasar aku..kes dagu berlapis ni tak semestinya org yg berbadan besar je ada..kadang tu, aku tgk yg badan selim melim pon dagu berlapis jugak.. Sebabnya terdapat lapisan lemak yg menonjol kt bawah dagu. Faktor genetik/keturunan mmg la tersangat penting munculnya dagu berlapis ni.

Aku pon tergolong dalam kategori "dagu berlapis" jugak..ngeee. Hakikatnya bila dagu berlapis akan buatkan muka aku nampak "terlebih matured" (berusia) dari usia sebenar. 

Maka dgn itu, aku pon cari la petua/tips & mcm2 lagi nk perangi dagu aku yang berlapis. So sebelum aku hilangkan tips yg aku dpt ni baik aku "parking" dlm blog supaya senang nti nak cari balik!!Lets check it out yoo..

1. KUNYAH GULA-GULA.
Mengunyah gula-gula getah adalah senaman yg baik utk wajah.Selain dapat membersihkan gigi & blh buatkan nafas sentiasa berbau segar, kunyahan ini juga mmbantu mengatasi lemak di bawah dagu.Gerakan mulut secara tidak langsung akan buatkan dagu juga turut bersenam.

2. GUNA KETULAN AIS
Letakkan ais di dalam kain & tekapkan di bawah dagu.Tekan & lepaskan. Lakukan gerakan ini sebanyak 20 - 30 kali.Amalkan setiap hari, kulit bhgian dagu akan tampak semakin anjal.

3.JAGA PEMAKANAN
Elakkan makanan berlemak, kerana ia membuatkan berat badan mudah naik.Begitu juga dengan wajah, bahagian dagu akan berlapis jika anda gemar mengambil makanan berlemak & berkolestrol tinggi.

Fuhh..penat menaip..Nnti aku sambung tulis entry ni lagi ya.Cau dulu ya.Assalamualaikum




Tuesday, October 27, 2015

KETUAT DI TAPAK KAKI!!!

KETUAT OH KETUAT !! 

Sapa kat sini pernah ada ketuat kat kaki?? Sila turunkan kening anda..hihihi. Pernah sekali ketuat jadi kat tapak kaki aku..Fuhh bila kaki pijak ke lantai je rasa mcm nak jerit...punya sakit..dh la berbiji-biji ketuat yang naik.Aku pon hairan apa sebab musabab ketuat ni jadi. 

Sebenarnya aku malas nak tanya "Uncle Google" punca ketuat (warts) ni. Kalau korang tahu jangan lupa share dgn aku ya..

Pada yang masih pening2 biawak rupa ketuat tu mcm mna korang zoom lah gambar ehsan dari "Uncle Google" ni. 



Terpaksa la tanggung sakit sorang2 sebab time tu aku duk hostel.Sampaikan pergi sekolah pakai slipper jepun je. Sbb nk pkai stokin punya la menyiksakan !!! Aku ni kalau dgr bab2 hospital, ubat ni mmg seram sikit. So aku diam2 ja xinform dgn warden. Last sekali aku minta air panas sebaldi kt mak cik kantin. Aku tuang dettol (liquid) dlm baldi yg ada air panas tu then rendam kaki aku dlm 30 minutes mcm tu.

Rasa sakit tu dah okay sikit lps aku rendam kaki. Nak di jadikan cerita...tangan aku ni "gatal" nk pegang ketuat ni (aku guna cotton bud ).Tup tup tup ketuat tu luruh sendiri..

Aku pun mula menjalankan operasi "mengait" ketuat ni. Fuyooo.. habes semua ketuat aku luruh.Rasa beban sakit tu hilang sekelip mata ja..Lps dh luruh semua aku cuci kaki dengan dettol (liquid) then bilas dengan air bersih. Keringkan..

Alhamdulillah..2 3 hari lps tu tapak kaki aku pon back to normal.Dah boleh pakai kasut sekolah.Yeayy!!!

NotaKaki: Jangan tiru aksi doktor amatur mcm aku ni.Sbb takut ade side effect yg lain pulak.Better korang consult dgn doctor. 

Sekian bebelan aku untuk hari ni.. 





Sunday, October 25, 2015

Cara Paling Mudah & "Win" Hilangkan Parut Jerawat

Cara Paling Mudah & "Win" Hilangkan Parut Jerawat | Assalamualaikum semua..Fuh belog pon dh berhabuk gara2 lama x update entry baru. Di pagi yang mulia ni..mehla aku nak share sikit pasal Cara Paling Mudah & "Win" Hilangkan Parut Jerawat di muka itu. 


Ramai sekarang duk risau macam mana nak hilangkan parut jerawat. Khususnya hakak-hakak yang bekerjaya. Tak kisah la kerja di mana pon kan..janji halal & diberkati-Nya.


Bagi hakak-hakak yang "fulltime housewife" (housewife pon di kira bekerjaya jugak hokay : kerjaya yg paling mulia kt dunia ni ) pon kena jaga penampilan utk suami & anak2 jugak. Jangan ingat hakak2 bekerjaya saja yang boleh vogue & cun-melecun.Hihihi

Hokay..back to the topic.Apa cara nya??? Caranya yang teramat la mudah sesangat. Spray aje FEERNA PREMIUM MIST (FPM). Dengan  FPM ni perubahan yang korang akan lalui mmg tak dapat nak ungkap. Bahasa omputihnya "speechless" gitu. Korang mmg kena laluinya sendiri..sebab ramai dah "gila bayang" dgn Ekstrak Air Beras dari FPM ni. 

SEMBANG KOSONG?? Tak ada masa aih nak sembang kosong.Kalau tak percaya mai sini nak tunjuk testimoni.. 







 Nanti time "rerajin" aku upload lagi ye testimoni FPM ni. Bagi yang tengah pening2 lalat apa itu   FPM korang just whatsapp 014-3445628. Insyaallah dengan sepantas kilat aku akan "mengreply" ye..