Wednesday, October 28, 2015

PERANGI DAGU BERLAPIS HABIS-HABISAN




"PERANGI DAGU BERLAPIS HABIS-HABISAN" 

Aku punya tajuk post mcm kempen nyamuk aedes pulak..kahkahkah. Hasil dari pemerhatian mata kasar aku..kes dagu berlapis ni tak semestinya org yg berbadan besar je ada..kadang tu, aku tgk yg badan selim melim pon dagu berlapis jugak.. Sebabnya terdapat lapisan lemak yg menonjol kt bawah dagu. Faktor genetik/keturunan mmg la tersangat penting munculnya dagu berlapis ni.

Aku pon tergolong dalam kategori "dagu berlapis" jugak..ngeee. Hakikatnya bila dagu berlapis akan buatkan muka aku nampak "terlebih matured" (berusia) dari usia sebenar. 

Maka dgn itu, aku pon cari la petua/tips & mcm2 lagi nk perangi dagu aku yang berlapis. So sebelum aku hilangkan tips yg aku dpt ni baik aku "parking" dlm blog supaya senang nti nak cari balik!!Lets check it out yoo..

1. KUNYAH GULA-GULA.
Mengunyah gula-gula getah adalah senaman yg baik utk wajah.Selain dapat membersihkan gigi & blh buatkan nafas sentiasa berbau segar, kunyahan ini juga mmbantu mengatasi lemak di bawah dagu.Gerakan mulut secara tidak langsung akan buatkan dagu juga turut bersenam.

2. GUNA KETULAN AIS
Letakkan ais di dalam kain & tekapkan di bawah dagu.Tekan & lepaskan. Lakukan gerakan ini sebanyak 20 - 30 kali.Amalkan setiap hari, kulit bhgian dagu akan tampak semakin anjal.

3.JAGA PEMAKANAN
Elakkan makanan berlemak, kerana ia membuatkan berat badan mudah naik.Begitu juga dengan wajah, bahagian dagu akan berlapis jika anda gemar mengambil makanan berlemak & berkolestrol tinggi.

Fuhh..penat menaip..Nnti aku sambung tulis entry ni lagi ya.Cau dulu ya.Assalamualaikum




No comments:

Post a Comment