Tuesday, October 27, 2015

KETUAT DI TAPAK KAKI!!!

KETUAT OH KETUAT !! 

Sapa kat sini pernah ada ketuat kat kaki?? Sila turunkan kening anda..hihihi. Pernah sekali ketuat jadi kat tapak kaki aku..Fuhh bila kaki pijak ke lantai je rasa mcm nak jerit...punya sakit..dh la berbiji-biji ketuat yang naik.Aku pon hairan apa sebab musabab ketuat ni jadi. 

Sebenarnya aku malas nak tanya "Uncle Google" punca ketuat (warts) ni. Kalau korang tahu jangan lupa share dgn aku ya..

Pada yang masih pening2 biawak rupa ketuat tu mcm mna korang zoom lah gambar ehsan dari "Uncle Google" ni. 



Terpaksa la tanggung sakit sorang2 sebab time tu aku duk hostel.Sampaikan pergi sekolah pakai slipper jepun je. Sbb nk pkai stokin punya la menyiksakan !!! Aku ni kalau dgr bab2 hospital, ubat ni mmg seram sikit. So aku diam2 ja xinform dgn warden. Last sekali aku minta air panas sebaldi kt mak cik kantin. Aku tuang dettol (liquid) dlm baldi yg ada air panas tu then rendam kaki aku dlm 30 minutes mcm tu.

Rasa sakit tu dah okay sikit lps aku rendam kaki. Nak di jadikan cerita...tangan aku ni "gatal" nk pegang ketuat ni (aku guna cotton bud ).Tup tup tup ketuat tu luruh sendiri..

Aku pun mula menjalankan operasi "mengait" ketuat ni. Fuyooo.. habes semua ketuat aku luruh.Rasa beban sakit tu hilang sekelip mata ja..Lps dh luruh semua aku cuci kaki dengan dettol (liquid) then bilas dengan air bersih. Keringkan..

Alhamdulillah..2 3 hari lps tu tapak kaki aku pon back to normal.Dah boleh pakai kasut sekolah.Yeayy!!!

NotaKaki: Jangan tiru aksi doktor amatur mcm aku ni.Sbb takut ade side effect yg lain pulak.Better korang consult dgn doctor. 

Sekian bebelan aku untuk hari ni.. 





No comments:

Post a Comment